Search This Blog

Thursday, January 17, 2013

Lelaki terbabit kemalangan ditahan miliki dadah

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ditahan selepas polis menemui Eramin 5 darinya yang dipercayai untuk diedarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt S. Batumalai berkata, ekoran penahanan itu, polis berjaya merampas Syabu (Methamphetamine) seberat 816 gram, Eramin 5 sebanyak 2,240 biji dan Ketamin seberat 104 gram di sebuah premis di Jelutong di sini.

"Pihak polis bertindak berdasarkan maklumat mengenai kemalangan jalan raya tengah hari semalam di Pulau Tikus. Susulan daripada itu, polis membuat serbuan di rumah milik suspek pada hari yang sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran harga pasaran bagi semua dadah yang dirampas itu ialah RM200,000.

Suspek yang berumur 39 tahun juga mempunyai kesalahan lampau yang masih dibicarakan di mahkamah, katanya.

Suspek yang telah berkahwin dan bekerja sendiri direman sehingga 22 Januari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.- Bernama

No comments:

Post a Comment