Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Lelaki mengamuk ditemui mati



K. Manimaran tidak dapat menahan kesedihan di atas kematian anaknya C. Sugumar Chelladury dalam kes mengamuk di Hospital Serdang, Selangor, semalam.
HULU LANGAT 24 Jan. - Seorang lelaki dipercayai pesakit mental yang ditahan sebelum digari anggota polis selepas mengamuk serta mengancam keselamatan orang awam ditemui mati dalam satu kejadian di Taman Desa Raya, Batu 12 di sini petang semalam.
Lelaki terbabit, C. Sugumar Chelladury, 39, difahamkan sebelum itu meracau-racau dan mengamuk di sekitar kawasan Taman Sri Nanding, kira-kira pukul 5.30 petang.
Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, Sugumar yang memegang objek keras seperti besi berjalan kaki dan mula mengancam keselamatan awam seperti memecahkan cermin kereta dan pasu-pasu, menarik wayar elektrik dan merosakkan harta-benda penduduk di situ.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130125/je_02/Lelaki-mengamuk-ditemui-mati#ixzz2IwdHfw8Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment