Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Lelaki mati separuh bogel


Shah Alam: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera parah di muka dan leher dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah rumah terbiar di Jalan Kampung Batu 4, Seksyen 36, Alam Impian, di sini, semalam.

Mangsa, P Mahendran, 21, ditemui dalam keadaan telentang dan tidak berbaju serta memakai seluar pendek berwarna coklat dipercayai mati akibat dipukul dengan objek tumpul.


Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Mazlan Othman berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian pada jam 1.25 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.

“Hasil siasatan, polis menemui beberapa kesan luka pada muka dan leher mangsa.


“Berdasarkan kecederaan yang terdapat pada mangsa, kita tidak menolak kemungkinan mangsa terbabit dalam pergaduhan sebelum ditemui mati,” katanya.


Mazlan berkata, mangsa dipercayai mati dalam tempoh 48 jam sebelum ditemui oleh orang awam.

Katanya, polis akan meneruskan siasatan susulan sejurus laporan diperoleh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.


“Buat masa ini tiada sebarang tangkapan, tetapi kita sudah menjalankan soal siasat terhadap beberapa saksi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment