Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Lelaki cuba bunuh teman wanita ditahan



Georgetown: Lelaki yang diburu polis kerana didakwa cuba membunuh teman wanitanya dengan menolak mangsa dari tingkat enam sebuah pangsapuri di sini, tahun lalu, ditahan di Ipoh, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata suspek dari Bagan Serai, Perak, ditahan jam 4.30 petang ketika sedang makan bersama dua rakannya di sebuah restoran.
Beliau berkata, suspek yang diburu sejak tahun lalu ditahan hasil kerjasama Polis Perak sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Suspek direman

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya selepas menghadiri Program High Profile Policing bersama Unit Ronda Bermotosikal di SMJK Phoy Tay, Sungai Nibong di sini, semalam.

Kong Meng berkata, siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana melarikan diri daripada tahanan polis.

Suspek kini ditahan reman bagi memudahkan polis menjalankan siasatan sementara menunggu laporan dan keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

No comments:

Post a Comment