Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Lari lepas mengaku bunuh isteri



Chanthaburi: Seorang pekerja pembinaan membuat pengakuan kepada ibunya bahawa dia membunuh isterinya sebelum melarikan diri, kata polis semalam.

Polis berkata, mayat isteri suspek ditemui dalam keadaan berbogel di atas katil di rumah mereka.


Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 50 tahun mempunyai kesan lebam di muka dan leher, manakala kepalanya berdarah. “Di sisi katil ada sebotol ubat dan beberapa pil yang disita untuk dijadikan bahan bukti,” katanya. Polis percaya suspek menghentak kepala mangsa ke lantai berkali-kali, selain menumbuk dan mencekiknya.

Sementara itu, rakan suspek berkata, pasangan terbabit sering bertengkar.


Katanya, suspek selalu mengasari isterinya terutama apabila dia sedang mabuk. - BP

No comments:

Post a Comment