Search This Blog

Monday, January 28, 2013

Lagi identiti bayi diperdagang sindiket dikenal pasti

BUTTERWORTH 27 Jan. - Polis telah mengenal pasti identiti seorang lagi bayi yang dipercayai turut menjadi mangsa sindiket penjualan bayi yang berjaya ditumpaskan baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, identiti bayi berkenaan telah diperolehi dan usaha menyelamatkan bayi itu akan dilakukan segera.
“Kita sudah ada maklumat mengenai bayi dan keluarga berkenaan namun tidak boleh mendedahkan lokasi mereka.
“Pihak polis memberi jaminan bayi tersebut akan diselamatkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di Balai Polis Butterworth di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130127/je_09/Lagi-identiti-bayi-diperdagang-sindiket-dikenal-pasti#ixzz2JAi61MnF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment