SANTA MARIA - Sekurang-kurangnya 232 maut dalam kebakaran kelab malam di Selatan Brazil, kelmarin.

Menurut media tempatan, kebakaran bermula selepas sebuah kumpulan pemuzik melepaskan bunga api di kelab Kiss dan mangsa maut akibat tersedut asap toksik ketika panik menyelamatkan diri.

Akibat kejadian malang tersebut, Brazil turut menangguhkan sementara majlis rasmi di ibu negara yang sepatutnya berlangsung hari ini bagi meraikan 500 hari menjelang Piala Dunia 2014.

Upacara pengebumian yang pertama dijangka dijalankan hari ini.

Sehingga jam 9 malam tadi, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan 185 nama mangsa yang maut dan kebanyakan mangsa berumur antara 16 tahun sehingga 20 tahun.

Presiden Dilma Rousseff turut meluangkan masa melawat mangsa yang cedera di Hospital Caridade bersama menteri kerajaan yang lain.