Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Khianat punca bakar CCTV



Yala: Pembakaran hampir 80 unit kamera litar tertutup (CCTV) di tujuh daerah di Yala semalam tiada kaitan dengan isu keselamatan, sebaliknya membabitkan pertikaian perniagaan.

Timbalan Perdana Menteri, Chalelrm Yubamrung, berkata, laporan pihak berkuasa di Yala menunjukkan perbuatan khianat itu dilakukan pihak yang gagal dalam bidaan memasang CCTV berkenaan.


“Mereka mengupah sekumpulan remaja membakar kamera itu,” katanya. Chalerm mengetuai sebuah pusat tajaan kerajaan yang ditubuhkan untuk melaksanakan dasar dan strategi bagi mengatasi masalah di selatan Thailand. Kata Chalerm, Gabenor Yala diarah untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat itu untuk dikenakan tindakan.

No comments:

Post a Comment