KABUL - Ibu kepada kanak-kanak Afganistan itu tidak sedikit pun berpaling melihat wajah anak perempuannya.

Dia kelihatan seperti malu ketika menerangkan bagaimana dia terpaksa menyerahkan anak perempuan kepada keldai dadah.

Bapa kanak-kanak perempuan itu melakukan perkara sama seperti petani Afghanistan lakukan terhadap anak-anak mereka sebagai sumber kewangan keluarga mereka iaitu meminjam wang daripada keldai dadah untuk membiayai ladang candu mereka.

Bagaimanapun, pihak kerajaan dan pasukan antarabangsa telah menghentikan perdagangan candu menyebabkan para petani tidak berupaya membayar semula hutang mereka kepada keldai dadah.

Keldai dadah kemudian mengambil anak perempuan mereka sebagai tebusan.

“Saya terpaksa menyerahkan anak saya untuk membebaskan suami saya,” ibu kanak-kanak itu menerangkan dengan anak perempuannya berada di sebelahnya.

Kanak-kanak itu kelihatan berusia tidak lebih dari enam tahun.

Ramai mengetahui yang 90 peratus keluaran candu dunia adalah berasal dari Afganistan dan ia berkembang menjadi industri yang lumayan di negara berkenaan.

Tetapi pihak kerajaan telah mengharamkan perniagaan tersebut menyebabkan ramai petani terpaksa menggunakan anak mereka sendiri sebagai cagaran bagi membuat pinjaman kewangan.

“Cara mereka lebih berbahaya berbanding dengan Taliban,” kata seorang bapa yang dua anak perempuannya diculik oleh keldai dadah.

Dia turut menunjukkan teks pesanan ringkas yang diterimanya menuntut bayaran AS$20,000 (RM60,000) sebagai ugutan.

Ini merupakan paparan cerita tragis yang didokumentasikan menjadi sebuah filem yang memenangi anugerah PBS Fronline, “Brides Candu” oleh seorang wartawan penyiasatan Afghanistan, Najibullah Quraisy dan penerbit, Jamie Doran.

Quraisy turut memberitahu CNN keluarga yang menyerahkan anak-anak mereka kepada keldai dadah digunakan untuk dibawa ke negara lain seperti Pakistan dan Iran, dijadikan hamba dadah atau dijadikan hamba seks.

Wartawan di sebalik filem ini turut menambah yang pihak kerajaan sedang cuba memusnahkan hidup para petani tetapi tidak mahu tampil dengan penyelesaian bagi melindungi keluarga para petani ketika cuba memusnahkan mata pencarian mereka.

Seorang kanak-kanak yang bernasib baik berjaya melarikan diri menceritakan keadaan yang cukup dahsyat ketika ditahan.

“Mereka tidak benarkan saya untuk menukar pakaian. Mereka juga tidak memberi saya sabun untuk membasuh pakaian untuk membiarkan pakaian saya kelihatan lusuh. Mereka hanya lakukan kekejaman ke atas saya dan saya benar-benar takut jika mereka seludup saya lagi,” kata kanak-kanak malang itu.

Penerbit filem juga percaya beribu-ribu kanak-kanak perempuan Afghanistan dijadikan mangsa untuk mengedar dadah.

“Peranan Nato dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sangat menarik dalam situasi ini.

“Mereka akan memberitahu yang mereka tidak bertanggungjawab malahan tidak menyokong kepada pembasmian perniagaan popi malah berkata tidak ada kaitan sama sekali dengan perkara ini,” ujar Doran.

Tetapi menurut Doran, punca masalah ini adalah pengguna dadah sendiri.

Keadaan di negara itu juga mungkin bertambah buruk apabila tentera antarabangsa meninggalkan Afghanistan pada tahun 2014.

* Dipetik dari laporan CNN