Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Jeritan tewaskan peragut



Kuching: “Dua kali saya menjadi sasaran penjenayah, di sini, tetapi kali ini dia (peragut) bernasib malang apabila jeritan saya menyebabkannya berjaya diberkas orang ramai,” kata mangsa ragut di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, jeritan Mastijah Pet, 19, menarik perhatian orang awam selepas beg tangannya dilarikan seorang peragut ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya berdekatan.


Menurut Mastijah, kejadian berlaku ketika dia baru turun dari bas sebelum didatangi seorang lelaki dari belakang yang terus menyentap beg sandang dan melarikan diri.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong selepas menyedari beg sandang diragut lelaki berkenaan, mujur ketika itu ada seorang lelaki bertindak pantas menghalang dan mengejar penjenayah hingga ditangkap.


“Ini kali kedua saya menjadi sasaran penjenayah di sini. Pada 2011 saya kehilangan dompet dan telefon bimbit selepas disamun dua wanita bersenjatakan pisau,” katanya.


Azman Busri, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang menunggu bot untuk ke seberang selepas membeli beberapa barangan keperluan sebelum terdengar jeritan seorang wanita sambil melambaikan tangan.

No comments:

Post a Comment