Search This Blog

Friday, January 18, 2013

Jakarta tenggelam

Bulatan jalan Hotel Indonesia di Jakarta, dilanda banjir.Bulatan jalan Hotel Indonesia di Jakarta, dilanda banjir. Jakarta: Banjir paras pinggang melumpuhkan ibu negara Indonesia, Jakarta semalam jalan raya tidak dapat dilalui, beribu-ribu rumah ditenggelami air sehingga presiden juga terpaksa menyingsing seluarnya di istana.

Air berlumpur melumpuhkan bandaraya yang menempatkan 14 juta penduduk dan sudah sedia teruk dengan kesesakan lalu lintas, di mana pemandu terperangkap selama beberapa jam di jalan raya.
Sehingga malam kelmarin hampir 10,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah dengan sembilan penduduk dilaporkan terbunuh. Antara kawasan terjejas termasuk Menteng di Jakarta Tengah, Cempaka Putih di Jakarta Timur, Tanjung Priok dan Marunda di Jakarta Utara, Cengkareng dan Kebon Jeruk di Jakarta Barat, Bulungan di Jakarta Selatan dan Teluk Naga serta Cikupa di Tangerang.



Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga dirakamkan menyingsing seluarnya hingga paras lutut ketika meninjau banjir di Istana Presiden.


Amaran pringkat tinggi

“Jakarta banjir, harap tiada banyak mangsa. Kami akan sediakan bantuan secepat mungkin,” katanya kepada jurugambar, mengarahkan tentera, polis dan pegawai bencana memastikan keselamatan.
Mesyuarat pagi antara Susilo dengan Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner terpaksa ditangguhkan selama dua jam.

Perkhidmatan bas TransJakarta terpaksa menghentikan operasi di beberapa laluan di jalan raya yang tidak dapat dilalui, katanya dalam Twitter.

Banjir juga menghalang beberapa jalan raya ke lapangan terbang dan menutup perniagaan di seluruh bandaraya itu termasuk di daerah perniagaan pusat.

Pihak berkuasa meningkatkan amaran banjir ke peringkat paling tinggi awal semalam, kata jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho. - AGENSI

No comments:

Post a Comment