Search This Blog

Monday, January 28, 2013

Hilang lepas konsert



Sekurang-kurangnya 20 orang dari kumpulan muzikal Kombo Kolombia dilaporkan hilang selepas mengadakan konsert di timur laut Mexico, kata pihak berkuasa dan waris mangsa, semalam.

Menurut waris pemuzik terbabit, 12 pemuzik dan lapan kru kumpulan itu dijadual mengadakan persembahan di Potrero Chico di bandar Hidalgo malam Jumaat lalu. Bagaimanapun, kata seorang daripada waris itu, Jose Ruiz, anggota kumpulan itu gagal dikesan. “Mereka tidak menjawab panggilan telefon, tetapi kami tidak menyangka apa-apa kerana berpendapat mereka mungkin berada di tempat terpencil,” katanya. Namun, kata Ruiz, mereka mula mencari ahli keluarga masing-masing dan menemui kereta pemuzik terbabit ditinggalkan terbiar dan kosong. Katanya, alat muzik yang sepatutnya ada di kawasan ladang tempat mereka akan membuat persembahan juga gagal dikesan. Sementara itu, jurucakap keselamatan Nuevo Leon, Jorge Domene, berkata 20 orang, termasuk pemuzik dan kakitangan sokongan Kombo Kolombia hilang sejak Jumaat. Seperti kebanyakan negeri lain. Nuevo Leon mengalami peningkatan keganasan jenayah culik, pemeras ugut, pengedaran dadah dan pergeseran antara kumpulan kartel dadah serta polis. Data rasmi menunjukkan, lebih 70,000 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan dadah di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan perang ke atas kartel dadah.

No comments:

Post a Comment