Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Dituduh cuba upah ‘polis kanibal’ untuk culik wanita




New York Seorang lelaki New Jersey menawar untuk membayar RM15,000 kepada lelaki yang digelar ‘polis kanibal’ untuk menculik seorang wanita dan menghantar kepadanya untuk dirogol.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan Michael Vanhise (gambar), 23, dan menuduhnya bersekapat untuk melakukan penculikan bersama-sama Gilberto Valle III, anggota polis New York yang ditangkap Oktober lalu dan dituduh bersekongkol untuk menculik, menyeksa, memasak dan memakan wanita.


Dalam beberapa siri e-mel tahun lalu, Vanhise cuba meminta bayaran lebih rendah dan menggesa anggota polis itu memastikan ‘mangsa berkenaan tidak mati’ apabila dihantar kepadanya.

Dalam e-melnya pula, Valle menggesa Vanhise supaya tidak bimbang.


“Wanita itu pasti masih hidup apabila saya menghantarnya kepada anda,” kata Valle.


Vanhise mengaku kepada penyiasat bahawa dia menghantar e-mel berkenaan.

Vallenhise yang digelar ‘polis kanibal’ dituduh menyasarkan wanita yang nama mereka ditemui dalam fail bernama ‘Menculik dan memasak wanita’ pada komputernya. - AP

No comments:

Post a Comment