Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Didakwa sepak isteri



Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi tuduhan mencederakan isterinya dengan menyepak wanita itu, minggu lalu.

Bagaimanapun, Mohd Rusdi Ab Razak, 43, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.


Mohd Rusdi didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Noor Faizati Mohamed @ Mohd Shafie, 37, di sebuah rumah di, Taman Desa Rahmat, Kubang Kerian di sini pada jam 12.30 tengah hari, 16 Januari 2013.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen 323 kanun sama, memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamed menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, Mohd Rusdi yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan jaminan minimum.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment