Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Datuk bandar di Guatemala dibunuh



GUATEMALA CITY - Sekumpulan lelaki bersenjata didakwa membunuh Datuk Bandar Jutiapa, Carlos Castillo Medrano di timur negara Amerika Tengah, semalam.

Pihak berkuasa berkata, Datuk Bandar Carlos Castillo Medrano ditembak mati di sebuah kedai gunting rambut.

Pembunuhan berlaku sehari selepas Presiden Otto Perez Molina mengumumkan penurunan keganasan di Guatemala pada tahun pertama pemerintahan beliau.

Beliau berkata, kes pembunuhan di negara itu menurun kepada kira-kira 10 peratus berbanding tahun lalu.

Beliau adalah abang kepada Manuel de Jesus Castillo, bekas ahli kongres yang dituduh terlibat dengan kumpulan pengedaran dadah. - AP

No comments:

Post a Comment