Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Cubaan seludup rokok, arak RM104,000 gagal


Kangar: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok bernilai lebih RM104,000 dalam satu serbuan di pekan Gurun, dekat Kedah, pagi kelmarin.

Rampasan itu dibuat selepas UPP menahan dua van dipandu dua lelaki tempatan di lokasi terbabit jam 8.30 pagi, susulan maklumat awam diterima.
Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abd Rahman, berkata dua van masing-masing jenis Opel Vivaro dan Toyota Delica bernombor pendaftaran Malaysia ditahan selepas berjaya dikesan di sekitar kawasan pekan Gurun.

Katanya, hasil pemeriksaan, pasukan UPP menemui 400 karton minuman keras pelbagai jenis dan 50 karton rokok jenama Dunhill yang dilitupi dengan kain pada bahagian belakang van berkenaan.

Kegunaan sempena Tahun Baru Cina

“Berdasarkan maklumat, kita percaya minuman keras dan rokok ini diseludup khusus untuk kegunaan sempena Tahun Baru Cina nanti,” katanya.

Zakaria berkata, nilai rampasan membabitkan minuman iaitu 100 karton jenama Budweiser, 220 jenama Royal Stout, 80 karton jenama Guinness dan rokok dianggar mencecah RM44,300 dengan nilai cukai RM20,168.
"Selain itu, kita turut merampas dua van digunakan yang bernilai RM40,000. Barangan yang diseludup dipercayai tidak dibayar cukai dan untuk edaran di negeri utara Semenanjung.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda 10 kali ganda nilai barangan serta penjara tidak lebih tiga tahun," katanya.

No comments:

Post a Comment