Search This Blog

Wednesday, January 16, 2013

Cari waris Preet



Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal dari Taman Bukit Mewah, Kajang mencari waris bayi perempuan berusia lapan bulan yang dijaganya sejak bayi itu berusia tiga hari selepas didakwa ditinggalkan ibunya, dikenali sebagai Maria De La Rosa tahun lalu.

Nasib Kor@Naseeb Kaur Kehar Sing, 46, berkata, pada pada 24 April tahun lalu, dia ke Hospital Serdang untuk menjalani rawatan kesihatan.


“Saya didatangi kakitangan hospital yang memaklumkan terdapat seorang bayi yang ditinggalkan ibunya dan masih tidak dituntut ahli keluarga yang lain.

“Saya meminta untuk dibawa berjumpa bayi tersebut sebelum bersetuju menjaganya, apatah lagi saya tidak mempunyai anak hasil perkahwinan dengan mendiang suami,” katanya.


Menurutnya, sehingga kini tiada pihak menuntut bayi tersebut yang dipanggil Preet.


“Saya sangat sayangkan bayi ini dan sanggup membesarkannya seperti anak sendiri. Oleh itu, saya mahu menjadikannya sebagai anak angkat secara sah bagi memudahkan semua urusan terutamanya dalam aspek pendidikan,” katanya.

Bagaimanapun, Nasib Kor berharap agar ibu bayi ini menghubunginya di talian 016-2903435 bagi memudahkan urusan dokumentasi termasuklah pendaftaran kelahiran bayi tersebut.

No comments:

Post a Comment