Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Bumbung terbelah


Bukit Mertajam: “Semalam (kelmarin) ketika saya menemuinya, ibu kelihatan ceria, malah tiada perubahan pelik saya lihat, begitu juga dengan kakak. Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) saya dikejutkan dengan panggilan saudara yang memberitahu ibu dan kakak terbabit dalam kemalangan,” kata Heng Lih Hwen, 40, anak kepada Tan Sai Lang, 70, yang maut apabila sebatang pokok kelapa tumbang dan menghempap kereta yang dipandu seorang lagi anaknya, Heng Lee Liew, 44.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Sai Lang dan Lee Liew maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas kereta dinaiki mereka remuk teruk apabila sebatang pokok kelapa tumbang seterusnya menghempap kenderaan dinaiki dua beranak itu di Jalan Hutan Lipur Cheruk Tok Kun.
Ketika kejadian, dua beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Permata Indah, dekat sini, untuk berjoging di Hutan Lipur Cheruk Tok Kun.

Lih Hwen berkata, ibu dan kakaknya kerap berjoging di kawasan rekreasi berkenaan hampir setiap hari dan mereka keluar rumah kira-kira jam 6.30 pagi.


Menurutnya, dia terkejut dan tidak menyangka ibu dan kakak kedua daripada lima beradik itu menemui ajal dalam keadaan menyayat hati.

No comments:

Post a Comment