Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Berparang pecah rumah


Ampang: Tiga sekeluarga hanya mampu terkedu selepas dua lelaki bersenjatakan parang memecah masuk rumah mereka di Taman Keramat, di sini, menyebabkan kerugian lebih RM10,000, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, pemilik rumah yang juga pasangan suami isteri berusia 30-an berada bersama ibu mereka dalam rumah.


Menurut sumber, secara tiba-tiba, dua lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh dan memegang parang meluru masuk. Seorang daripada mereka mengacukan parang ke arah ibu mangsa sebelum mengambil rantai, gelang dan cincin emas dipakai warga emas itu. Sumber berkata, selepas lelaki itu mengambil semua barang berharga mangsa, mereka melarikan diri menaiki dua motosikal.

Mereka membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, di sini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment