Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Berang serang rumah kastam




         
Johor Bahru Berang pendapatannya terjejas berikutan van dan lori membawa masuk minuman keras, mercun dan rokok sering dikesan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), seorang lelaki dipercayai ahli sindiket penyeludupan beberapa kali memujuk anggota kastam bertugas melepaskan kenderaan miliknya dengan janji habuan sebanyak RM1,000 bagi setiap kilogram barang dibawa masuk.

Pujukan dan rayuan dilakukan lelaki yang dikatakan sering berlegar di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Abu Bakar Gelang Patah itu bagaimanapun bertukar ugutan apabila pegawai terbabit masih enggan menerima suapan dijanjikan itu sebelum rumah anggota itu diserang pada jam 1.45 pagi kelmarin.


Lebih malang, rakan mangsa turut menasihatkan anggota berusia 55 tahun itu berehat dan membiarkan ‘mereka’ menjalankan tugas sebelum diberikan imbuhan setiap bulan.

Amaran itu diberikan hanya selang seminggu sebelum sekumpulan enam lelaki menyerang rumah anggota terbabit di Taman Desa Skudai, di sini, pagi kelmarin, dengan memecahkan semua cermin pacuan empat roda Mitsubishi Pajero, cermin depan, penumpang belakang dan cermin belakang Proton Iswara serta melontar cat coklat di rumahnya.


Mangsa yang juga Pegawai Kastam Bahagian Pengimbas KIK itu, Ismail Sulaiman, 55, berkata, dia reda dengan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment