Search This Blog

Sunday, January 6, 2013

Bekas polis minta penjelasan status diri




SYED Zamari Shas menunjukkan bukti kad akuan anggota polis yang dimilikinya sebelum diberhentikan kerja di Seberang Jaya baru-baru ini.


SEBERANG JAYA - Seorang bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan status dirinya selepas diberhentikan kerja akibat tindakan tatatertib tujuh tahun lalu.
Syed Zamari Shas Sayed Hassan, 37, mendakwa dia diberikan surat berhenti kerja pada tahun 2005 atas kesalahan tidak hadir bertugas ketika berkhidmat di Balai Polis Pasir Puteh, Kelantan.
"Selepas menerima surat berhenti kerja tersebut, saya telah menyerah diri di balai polis yang sama dan ditahan selama empat hari untuk siasatan lanjut.
"Saya kemudian diminta menunggu sehingga kertas siasatan mengenai kes saya selesai sebelum dijatuhkan tindakan tatatertib," katanya di pejabat Kosmo! Ahad di sini baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2H9KXHyXv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment