Search This Blog

Friday, January 18, 2013

Bekas kapten kapal dituduh bunuh bomoh



Petaling Jaya: Bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap tuduhan membunuh seorang pengamal perubatan tradisional pada 4 Januari lalu.

Sharunizam Salleh, 43, dari Bandar Kinrara, yang memakai kemeja-T berwarna hitam dan berseluar jean, hanya menganggukkan kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya tetapi tiada pengakuan direkodkan.
Dia didakwa membunuh Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/7A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara jam 8.30 malam dan 9.30 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Nazri Omran menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, isteri Sharunizam yang ditahan bersamanya dibebaskan semalam dengan ikat jamin polis.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu ditahan polis beberapa hari selepas mangsa yang berasal dari Kedah ditemui mati dengan dua kesan tembakan, berhampiran sebuah pangsapuri.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala peguam Shah Rizal Abdul Manan mewakili tertuduh. - BERNAM

No comments:

Post a Comment