Search This Blog

Friday, January 18, 2013

Banjir Jakarta: 5 maut, 15,447 dipindahkan

JAKARTA — Kejadian banjir besar yang melanda Jakarta sejak Selasa lepas telah mengorbankan lima orang dan mengakibatkan 15,447 orang dipindah ke pusat pemindahan banjir setakat ini.
Berikutan keadaan banjir semakin buruk hari ini hingga melumpuhkan aktiviti harian warga kota, kerajaan pentadbiran ibukota Jakarta telah mengisytiharkan keadaan darurat bencana banjir hingga 27 Januari ini.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) sejumlah 44 kawasan penempatan di 25 daerah kecil di Jakarta terjejas membabitkan penduduk berjumlah 94,624 orang.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan isteri beliau, Ibu Ani Yudhoyono turut meninjau beberapa kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir.
Gabenor Jakarta Joko Widodo turut meninjau ke kawasan banjir di pusat bandar dan beberapa kawasan penempatan penduduk, secara berasingan. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2IIU2y6pR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment