Banjir di Queensland semakin buruk
Kawasan di Bundaberg Timur turut terjejas akibat banjir yang melanda Queensland. Foto: The Courier-Mail
BRISBANE - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan ratusan rumah di Queensland ditengge  lami banjir, semalam selepas ribut tropika Oswald melanda negara itu, minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa, hujan lebat yang dibawa Oswald telah menjejaskan bahagian utara New South Wales.

Sementara itu, Datuk Bandar Bundaberg, Mal Foreman berkata, banjir pada kali ini adalah lebih buruk berbanding tahun 2011.

"Paras Sungai Burnett di bandar ini juga telah mencecah 9.13 meter(m) dan ia dijangka meningkat 0.02 m dalam tempoh dua hari jika hujan berterusan.

Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di Bundaberg Utara," katanya.  - AFP