Search This Blog

Friday, January 25, 2013

4 curi lembu guna MPV

 Empat suspek ditahan  selepas dipercayai mencuri dua  lembu di Jirat Cina Jalan Pusara semalam.
Empat suspek ditahan selepas dipercayai mencuri dua lembu di Jirat Cina Jalan Pusara semalam. Kuala Terengganu: Seorang janda enam anak bersama kekasihnya serta dua rakan ditahan ketika cuba mencuri lembu di sini awal pagi semalam.

Mereka ditahan ketika cuba memasukkan ternakan itu ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria.
Tindakan mereka disedari seorang penduduk kira-kira jam 3.45 pagi ketika dia melalui kawasan jirat Cina di Jalan Pusara di bandar raya ini apabila melihat kelibat empat individu bersembunyi di celah kubur.


Lelaki berusia 25 tahun itu yang juga anak seorang anggota polis terus melaporkan perkara itu kepada polis.

Suspek mengaku

Sepasukan polis yang tiba di lokasi menahan seorang ibu tunggal berusia 30 tahun bersama kekasihnya berusia 47 tahun dan dua rakan mereka, masing-masing berumur 23 dan 48 tahun.

“Ketika soal siasat, semua suspek mengaku mahu mencuri dua lembu milik penduduk kampung untuk dijual RM500 seekor bagi anak lembu atau RM7 sekilogram bagi dagingnya.
“Polis turut menemui beberapa peralatan seperti dua batang besi tajam, pisau dan tali dipercayai diguna untuk melakukan jenayah berkenaan. Malah cukai jalan Naza Ria terbabit juga sudah tamat tempoh,” kata sumber.

Difahamkan, keempat-empat suspek mempunyai rekod jenayah iaitu penyalahgunaan dadah dan curi, malah semua turut positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

No comments:

Post a Comment