Search This Blog

Friday, January 25, 2013

3 didakwa sebar virus


New York: Pendakwa raya persekutuan mendakwa tiga orang dari pelbagai negara kerana mencipta dan mengedarkan satu virus komputer yang menjejaskan lebih sejuta komputer di seluruh dunia, termasuk beberapa dikendalikan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat dan bank tempatan.

Dikenali sebagai virus Gozi, ia menjejaskan sekurang-kurangnya 40,000 komputer di Amerika dan menyebabkan kerugian jutaan dollar dengan mencuri data perbankan online, kata pejabat peguam Amerika di Manhattan kelmarin.
Tiga defendan terbabit, warga Latvia, Deniss Calovskis, Nikita Kuzmin (Russia) dan Mihai Ionut Paunescu (Romania) menggunakan Gozi untuk mencuri jutaan dollar dari akaun bank di Eropah, Amerika dan tempat lain, menurut fail pendakwaan di Mahkamah Daerah Manhattan. – REUTERS 

No comments:

Post a Comment