30 November 2012
Kilang yang musnah terbakar ini turut membekalkan pakaian jenama terkenal. Foto: Reuters
DHAKA - Tiga pengurus kilang pakaian Tazreen ditahan pihak berkuasa, kelmarin untuk membantu siasatan berhubung kes kebakaran di premis itu yang meragut sekurang-kurangnya 110 nyawa.
Menurut polis, berdasarkan keterangan saksi, semua pengurus tersebut dikatakan tidak membenarkan pekerja meninggalkan kilang itu walaupun loceng kebakaran sudah berbunyi.
"Mangsa yang terselamat memaklumkan pengurus mereka memberitahu ia hanya latihan kebakaran biasa. Mereka turut dikunci dari luar hingga menyebabkan ramai mangsa gagal menyelamatkan diri," kata ketua polis Dhaka, Habibur Rahman.
Selain itu, polis turut menyoal siasat pemilik kilang tersebut selepas dipercayai melanggar peraturan pembinaan bangunan yang ditetapkan.
Difahamkan, kira-kira 700 pekerja kilang pakaian terbunuh dalam puluhan insiden kebakaran sejak tahun 2006 dan sehingga kini tiada tindakan dikenakan ke atas pemilik premis terlibat. - Al-Jazeera