KLANG: Seorang pesara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menipu dua peniaga RM53,450 bagi mendapatkan projek yang tidak wujud di sebuah syarikat penyelenggaraan kapal terbang.
Azmir Shakri Ab Hamid, 59, dari Petaling Jaya, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ho Kwong Chin.
Tertuduh didakwa menipu Zubir Azarai, 49, dengan memperdaya bahawa dia boleh mendapatkan projek membuat 'step aircraft' di Syarikat Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd untuk Zubir dengan kadar bayaran tertentu dan dengan itu mendorong Zubir menyerahkan RM30,560 dengan cara memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank milik tertuduh.
Azmir Shakri didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa cawangan CIMB Bank di sini antara 8 Sept 2011 dan 23 Feb 2012.
Azmir Shakri didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa cawangan CIMB Bank di sini antara 8 Sept 2011 dan 23 Feb 2012.
Tertuduh juga didakwa menipu M. Sahroni Basirin @ Ibrahim, 46, dengan memperdaya bahawa dia boleh mendapatkan projek membuat 'hanger cabinet' di Syarikat Sepang Aircraft Engineering untuk M. Sahroni dengan kadar bayaran tertentu dan dengan itu mendorong M. Sahroni membayar RM22,890 dengan cara memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun tertuduh. - Bernama
'via Blog this'