Tertuduh kes rogol, Mohd Khairul Aswadi Abdullah.
KUANTAN - Pembebasan daripada hukuman penjara seorang lelaki kerana kesalahan mencuri semalam tidak membawa makna selepas dia dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berikutan pertuduhan merogol gadis bawah umur lima tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Mohd Khairul Aswadi Abdullah, 31 dari Lorong Bukit Cina, Melaka tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Fathiyah Idris.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Khairul didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah bilik di Kuarters Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu pada 16 Mei 2007 jam 10.30 pagi.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 20 tahun dan juga sebatan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan memakai baju-T berwarna kelabu ditemani ibunya sepanjang prosiding mahkamah berlangsung.
Sebelum itu, Fathiyah menegur kegagalan tertuduh menghadiri dua sesi perbicaraan pada 2008 tanpa memaklumkan kepada mahkamah sebab dan alasan yang munasabah.
Namun tertuduh difahamkan menjalani hukuman penjara bagi kesalahan mencuri dalam tempoh tersebut dan baru dibebaskan semalam.
Fathiyah juga menegur sikap ibu tertuduh yang menjalankan tugasnya sambil lewa sebagai penjamin kerana gagal memaklumkan keadaan Mohd Khairul kepada mahkamah.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inpektor Azman Ariffin dan tidak menawarkan sebarang jaminan. Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 21 Mei depan untuk perbicaraan.