Wednesday, February 1, 2012
Mayat lelaki di empangan
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai D Viegneswaran dan bekerja sebagai penarik kereta.
“Mayat mangsa ditemui seorang lelaki yang kemudian menghubungi Unit Gerakan Gombak sebelum sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati tiada kecederaan ditemui pada anggota badan mangsa. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.myMetro | Mayat lelaki di empangan:
'via Blog this'
Denda RM100 maki polis
Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Irsyaduddin Rozali, 22, dari Kampung Che Amar Atas Tol, Kuala Terengganu, selepas dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang menjalankan tugas.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya atas alasan ia kesalahan pertama dan tindakannya itu disebabkan dia berada dalam keadaan penat kerana baru tiba di Terengganu selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Perak.
“Saya akui kesilapan saya, tetapi berharap mahkamah dapat meringankan hukuman kerana saya sedikit emosional sehingga mengeluarkan kata-kata kesat ketika ditahan polis dalam sekatan jalan raya.
“Ketika ditahan, saya dan penumpang di bahagian depan memakai tali pinggang keledar.
“Bagaimanapun, penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar dan saya merasakan ia bukan kesalahan besar dan tidak seharusnya disaman menyebabkan saya berkasar dengan anggota polis yang bertugas,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Irsyaduddin didakwa menggunakan perkataan kurang sopan dan mengaibkan anggota polis apabila memarahi penjawat awam terbabit dengan mengeluarkan kata-kata berkenaan bertujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di satu sekatan jalan raya di Paya Resak, Bukit Payong, di sini, kira-kira jam 1.45 pagi, 1 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, dia berdepan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mahathir Mohd Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.myMetro | Denda RM100 maki polis:
'via Blog this'
Jual dulu baru boleh makan
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Kebiasaannya seorang pelajar dapat mengumpul antara RM200 hingga RM300 sehari pada hari biasa dan mampu mencecah lebih RM500 pada hujung minggu dan cuti umum,” kata Kamal, 24, bekas pelajar pusat tahfiz di Kedah yang diasaskan Azhar Wahab.
Bagaimanapun, katanya, kadang-kadang mereka hanya diberikan elaun RM50 seminggu, itu pun sangat jarang manakala kerja dibuat termasuk mengerjakan ladang sawit tidak diberi gaji dan mereka tidak pernah mendapat apa-apa bayaran.
“Ketika mengutip derma, kami diberi duit makan paling banyak RM10 sehari dengan syarat perlu membuat jualan dulu sebelum dibenarkan makan.
“Jika pelajar baru, minggu pertama ‘ustaz’ tidak letakkan sasaran jualan, masuk minggu kedua setiap pelajar perlu mengikut sasaran ditetapkan, jika tidak kami teruk dimarahinya kerana tempat dipilih itu strategik,” katanya mendedahkan mengenai kutipan derma daripada orang ramai yang dibuat pelajar pusat tahfiz itu kepada Harian Metro.
Anak sulung daripada lima beradik itu turut mendakwa, sepanjang menuntut di pusat itu pelajar tidak pernah solat berjemaah di pusat berkenaan atau masjid berdekatan melainkan ketika solat Jumaat saja.
“Jika pelajar jatuh sakit kami dirawat menggunakan air penawar atau herba buatan pusat itu sendiri dan memang jarang kami dibawa ke klinik atau hospital melainkan kes kronik saja,” katanya.
Selain itu, dia mendakwa beberapa kali ditangkap pihak berkuasa ketika mengutip derma dan pernah ditahan semalaman dalam lokap, namun dilepaskan kerana ketika soal siasat dia dan pelajar lain mengaku melakukan kerja itu secara sukarela atau memang seronok melakukannya bagi mengelakkan dari dihukum pihak pusat itu.
“Selain itu, kami dipantau ketua kumpulan dan tidak boleh mencuri tulang atau berehat terlalu lama jika tidak mahu dimarahi. Ketika itu, memang penat kerana perlu berjalan mengutip derma dari pagi hingga lewat malam,” katanya yang mendakwa mereka dilatih agar dapat menjawab setiap soalan diajukan orang ramai terhadap kegiatan itu.
Katanya, hingga kini dia hanya memiliki satu-satunya sijil peperiksaan rasmi iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan tiada pembelajaran formal ketika menuntut di pusat itu manakala ujian atau peperiksaan dikeluarkan pihak sekolah sendiri. “Selama hampir 8 tahun mengabdikan diri di pusat berkenaan, saya akhirnya membuat keputusan keluar dari tempat itu kerana mengikut jejak langkah rakan baik saya pulang ke Kuala Lumpur sekitar 2008 dan ketika itu barulah saya menceritakan semuanya kepada ibu bapa.
“Ketika orang lain seusia saya mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lebih tinggi, saya hanya ada sijil UPSR. Masa depan saya gelap dan kini saya hanya bekerja biasa saja berikutan tidak mempunyai kelayakan,” katanya.
Mengenai fahaman tidak masuk akal disebarkan Azhar Wahab, pelajar dan pengikut sering didedahkan dengan perkara mengarut termasuk kemampuannya berhubung dengan alam ghaib selain diberi kelebihan dapat berkomunikasi dengan Nabi Muhammad, jin dan ahli syurga.
“Dia sering menunjukkan ‘kekuatan’ dengan menikam perutnya dengan keris panjang bertulis ayat al-Quran, tapi dia seolah-olah ‘kebal’ kerana tidak berlaku apa-apa kepadanya. Mungkin sebab itu, pelajar dan pengikut begitu taksub kepadanya,” kata.
Dia mendakwa banyak amalan karut diamalkan seperti membekalkan pelajar dengan keris, air penawar minda dan mangkuk tembaga bertulis ayat al-Quran sebagai ‘pelindung’.
“Antara kehebatan barang berkenaan yang diberitahu kepada kami, jika membawanya ke mana saja akan dilindungi malaikat serta sentiasa ada bantuan jika kami ditimpa kesusahan,” katanya
7 beranak terselamat
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kenderaan dipandu Mohd Dahlan Kamarulzaman, 51, dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik.
Bagaimanapun, semua mangsa termasuk isteri Mohd Dahlan, Norasiah Omar, 50, bersama lima anaknya, Nurul Atiqah, 20; Nurul Hidayah, 16; Nurul Asyikin, 15; Nurul Ain Izzati, 12, dan Mohd Aiman Umar, 11, berjaya diselamatkan orang awam yang lalu di tempat kejadian.
Maut tak sempat jumpa anak
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi, mangsa, M Muniammah, 67, dari Kampung Pasir, dekat sini, disahkan mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, mangsa dikatakan menyeberang jalan tanpa menggunakan jejantas disediakan di kawasan berkenaan.
“Ketika itu, mangsa dipercayai mahu menaiki bas di laluan bertentangan untuk menemui anaknya di bandar ini.
“Berdasarkan siasatan awal, ketika melintas jalan, mangsa dirempuh sebuah Kia Spectra dipandu seorang wanita berusia 30-an,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting atas jalan dan mati di tempat kejadian.
“Mangsa mengalami kecederaan di seluruh badan manakala pemandu kereta itu tidak cedera dan sudah membuat laporan polis.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat,” katanya.
Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga mangsa.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan
Mangsa kren runtuh meninggal
Luar Chooi Guan, 78, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.45 pagi di pusat penjagaan itu sejurus ambulans tiba untuk membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP), selepas mengadu kakinya sakit.
Anak mangsa, Seong Teik, 53, berkata, bapanya mengadu kakinya sakit akibat kesan kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan itu selain turut mengidap kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Katanya, bapanya memaklumkannya mengenai perkara itu pagi semalam ketika dia melawat mangsa.
Difahamkan, hasil bedah siasat mendapati paru-paru Luar berair selain saluran jantung tersumbat
Penyamun tewas kali keempat
Pemuda berusia 20-an terbabit sering menjadikan rumah itu sebagai habuannya apabila mencuri telefon bimbit dan wang serta barangan berharga milik penyewa. Malah, lelaki itu juga tinggal di kawasan sama.
Mangsa, S Karthigan, 33, berkata sejak Ogos lalu, empat kali rumah kedainya itu dipecah masuk dan kali terakhir Jumaat lalu hingga menyebabkan kerugian RM3,000.
Katanya, dia mengesan penyamun itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di depan rumah kedainya itu dan membuat dua laporan polis terhadap lelaki itu namun tiada tangkapan. Tetapi, kejadian Jumaat lalu berjaya menahan lelaki itu selepas dia masuk ke dalam rumahnya yang kini disewa lima pelajar.
“Ketika kejadian, lima pelajar itu sedang tidur dan tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit yang melarikan wang RM50 dan telefon bimbit.
“Semua penghuni tidak sedar kehadiran lelaki itu dan mengetahui kejadian keesokan paginya selepas melihat tombol pintu dan jeriji besi dipotong,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya sejurus kejadian.
Menurutnya, lelaki itu seperti menggunakan ilmu pukau kerana semua penghuni tidak menyedari kedatangannya namun kehadirannya dikesan melalui CCTV.
Katanya, selepas lelaki itu ditangkap kelmarin, semua penghuni kawasan berkenaan yang menerima nasib sama tampil dan memberitahu rumah masing-masing sering dimasuki penyamun, tetapi tidak dapat mengesannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya menahan seorang lelaki kelmarin yang kini direman
Telan dadah ke tali gantung
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmadi Moharam Lotfollah, 23, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Noor Azian pada penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh selepas diperintah membela diri adalah keterangan ditokok tambah.
Beliau berkata, cerita tertuduh mengenai individu yang mengarahkannya untuk menelan kapsul syabu itu sebelum ditahan tidak pernah dibangkitkan pada peringkat kes pendakwaan.
Katanya, adalah mustahil beg dibawa tertuduh ketika tangkapan milik orang lain berdasarkan jahitan bahagian tersembunyi mengandungi dadah di dalamnya sangat kemas. Oleh itu, katanya, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membela diri sebagai tidak logik.
“Tertuduh disabitkan bersalah atas pertuduhan dan dihukum gantung sampai mati,” katanya.
Sepanjang perbicaraan, seramai sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Mengikut pertuduhan pertama, warga asing itu didakwa mengedar 1.149kg syabu di depan pintu 5, Balai Ketibaan Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 3 Februari 2010.
Dia juga didakwa atas pertuduhan kedua mengedar 274 gram dadah sama yang ditelan dalam bentuk kapsul di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur, antara 3 dan 5 Februari tahun sama.
Bagi setiap pertuduhan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan
Gagal seludup kayu bakau RM111,000
PERIKSA...pegawai Jabatan Perhutanan memeriksa bot yang sarat dengan kayu bakau seludup. |
KLANG: Sindiket penyeludupan antarabangsa yang menyeludup 11,166 kayu bakau dianggarkan bernilai RM111,000 dan berselindung di sebalik penggunaan permit import (AP) ditumpaskan dalam operasi bersepadu di Sungai Chondong, di sini, malam kelmarin.
Operasi diketuai Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Hutan, Mohd Yussainy Md Yusop berkata, suspek mendakwa mempunyai AP bagi membawa kayu berkenaan masuk ke negara ini dengan diuruskan sebuah syarikat import di Klang.
“Hasil pemeriksaan mendapati keadaan kayu masih baru dan dipercayai baru ditebang di kawasan hutan simpan paya laut di sekitar Klang.
'via Blog this'
14 pendakwa raya Russia dipecat
Siasatan atas kes yang kompleks itu melibatkan rangkaian kasino bawah tanah, masih diteruskan.
Pendakwa raya wilayah Moscow yang baru, Alexander Anikin berkata, “Empat belas pekerja pejabat pendakwa raya majlis perbandaran dan daerah, dipecat.”
Anikin dilantik setelah pendakwa raya terdahulu berjaya mengelak dari ditangkap dan melarikan diri dari Russia, pada musim bunga lalu.
“Kami sedang membersihkan pejabat pendakwa raya Moscow,” katanya.
Tahun lalu, Perkhidmatan Keselamatan FSB berkata, operasi kasino itu melangkau ke 15 bandar dan membabitkan RM30 juta sebulan di bawah perlindungan pendakwa raya itu.
Bekas pendakwa raya Moscow, Alexander Ignatenko sekarang berada di penjara di Poland selepas ditahan dekat sebuah resort Zakopane di selatan negara itu atas waran yang dikeluarkan oleh Russia.
'via Blog this'
Pelajar warga Nigeria didakwa edar kanabis
1 Februari 2012
SUNGAI PETANI - Seorang pelajar warga Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas tuduhan mengedar 6,820 gram dadah
jenis kanabis.
Pius Emmanual David, 25, pelajar kolej swasta Pusat Bahasa Intelek, Kuala Lumpur didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pertuduhan, pelajar itu didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 9.15 malam 25 Jan lepas di Stesyen Bas Ekpres, Pekan Lama, Sungai Petani.
Dia diberkas sepasukan anggota polis Narkotik Bukit Aman. Tiada pengakuan dicatatkan daripada David, yang telah berkahwin dengan seorang guru warga China di Bangkok, Thailand lebih setahun lepas selepas pertuduhan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.
Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan kes itu disebut semula pada 26 Mac ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd Radzi memohon ia ditangguhkan sehingga laporan kimia kanabis yang dirampas daripada David diketahui.
Rakyat Nigeria itu yang diwakili peguambela, K.T. Jayaraj bagaimanapun tidak dibenar diikat jamin.
Isterinya, Yang Ping, 28, yang mengandung empat bulan, berasal dari wilayah Hokkien semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu wartawan dia berkenalan dengan David melalui laman sosial Facebook hampir empat tahun.
'via Blog this'
Ribut hujan batu rosakkan 57 rumah di 4 mukim di Kulim
2012/02/01
KULIM: Sebanyak 57 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan batu di sini, petang semalam. Kejadian pada jam 6 petang di empat mukim itu menerbangkan 28 bumbung rumah terbabit.Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim, Rohana Yusuf, berkata 35 rumah yang rosak itu ialah di Mukim Padang China, 16 di Mukim Keladi, lima di Mukim Lunas dan satu di Mukim Sungai Seluang."Kawasan yang paling teruk dilanda ribut ialah Taman Mutiara, Sungai Kob di Mukim Padang China," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tinjauan di lokasi kejadian ribut mendapati banyak dahan, batang dan ranting pokok buah-buahan dan pokok hiasan bertaburan dan pokok yang tumbang dipotong dan dikumpul di tepi jalan untuk memudahkan laluan. - BERNAMA Berita Harian Online | Ribut hujan batu rosakkan 57 rumah di 4 mukim di Kulim:
'via Blog this'
Warga Malaysia kena jel di Brunei
Muhammad Amin didapati bersalah atas tuduhan menyerang seorang Inspektor Polis pada 9 Januari 2012 ketika pegawai berkenaan menjalankan tugasnya di Bukit Bendera, Tutong.
Inspektor terbabit, bersama beberapa anggota lain dari Balai Polis Tutong, ketika itu menjalankan pemeriksaan terhadap rumah di kawasan berkenaan kerana ia digunakan untuk menyimpan senjata berbahaya.
Ketika pemeriksaan dilakukan, Muhammad Amin mengambil pisau sebelum menghalakannya ke arah inspektor itu. Meskipun selepas diberi amaran berulang kali, Muhammad Amin menyerang inspektor berkenaan.
Tiga anggota cuba menahannya dan merampas pisau itu. Bagaimanapun Muhammad Amin mencampakkan senjata itu ke kawasan semak dan cuba melarikan diri, tetapi gagal. - Brudirec
Wanita Peru curi, tipu
Semalam, Maria Elena Tello Espinoza dihukum penjara 15 bulan kerana perbuatannya itu.
Sebuah Mahkamah Daerah diberitahu, Maria, 45, tiba di Singapura pada 21 Mac lalu. Tiga hari kemudian, dia mencuri di kafe Starbucks di The Central, Jalan Eu Tong Sen. Rakaman CCTV menunjukkan wanita itu mengawasi kafe berkenaan pada jam 11 malam sebelum duduk di belakang seorang pelanggan yang meletakkan beg komputer riba di lantai, bersebelahan kerusinya. Kemudian, ketika mangsa berbual dengan rakannya, dia menggunakan begnya sendiri untuk melindungi perbuatannya mencuri beg mangsa.
Dia kemudian keluar untuk bertemu rakannya, Luis Alberto Eavpia Earcia, 51, juga warga Peru yang bertindak memerhati di luar kafe itu. - ST
Ghaib lepas wuduk
MELAKA: Seorang anggota tentera yang dijadual melangsungkan perkahwinan Mac depan hilang di jirat Cina, di sini, ketika dalam perjalanan mendapat rawatan tradisional akibat masalah kemurungan.
Ketika kejadian pada kira-kira jam 8 malam Ahad lalu, Lans Koperal Mohd Khairul Nizam Majid, 29, yang bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Bukit Beruang, dekat sini, dikatakan dalam keadaan separuh sedar ketika dibawa menaiki kereta oleh tiga rakannya.
Abangnya, Zamri Majid, 43, berkata, dia diberitahu oleh seorang daripada rakan Mohd Khairul Nizam, adiknya itu kelihatan murung dan gelisah kebelakangan ini.
“Pada petang hari kejadian, adik saya dibawa ke Telok Mas untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam, namun selepas tiba di kem pada waktu Maghrib, dia kelihatan semakin gelisah dan resah.
“Tiga rakannya mahu membawa dia mendapatkan rawatan tradisional dan kira-kira jam 8 malam ketika dalam perjalanan, Nizam meminta kenderaan berhenti di stesen minyak di Sungai Putat untuk membuang air,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zamri, adiknya yang ketika itu memakai pakaian seragam tentera terus mengambil wuduk dan kembali menuju ke kereta, tetapi tidak memasuki kenderaan itu, sebaliknya terus berjalan ke arah jalan raya.
“Rakan yang menyedari tindakan pelik Nizam cuba mengejarnya, namun dia terus menuju ke arah jirat Cina terletak kira-kira 500 meter dari stesen minyak itu sebelum gagal dikesan,” katanya.
Ibunya, Jamilah Mahadi, 66, berkata, dia dan suami, Majid Jadi, 74, dimaklumkan mengenai kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu selepas empat anggota tentera terbabit datang ke rumahnya di Felda Sungai Kelamah, Negeri Sembilan, jam 5 petang kelmarin.
“Seorang daripada mereka bertanya sama ada anak saya ada pulang ke rumah sebelum saya terus menangis dan menghubungi anak lain apabila anggota berkenaan mengatakan Nizam hilang ketika dibawa menerima rawatan akibat kemurungan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Bagaimanapun, katanya, dia hairan apabila dimaklumkan anak bongsunya gelisah dan menghadapi tekanan perasaan memandangkan sebelum ini tiada perubahan sikap ditunjukkannya ketika kali terakhir pulang ke kampung pada cuti Tahun Baru Cina, minggu lalu.
“Ketika itu dia kelihatan gembira, malah sempat membawa tunangnya membeli barang hantaran dan menempah pakaian perkahwinan.
“Dia memang pendiam, tetapi jika ada masalah pasti akan memberitahu saya.
“Malah, dia sempat menghadiri majlis tahlil di rumah tunangnya pada 23 Januari lalu sebelum pulang ke Kem Bukit Beruang pada keesokan hari,” katanya.
Jamilah berkata, kali terakhir anaknya itu menghubunginya pada 24 Januari lalu menyatakan selamat tiba di kem, namun mulai bimbang apabila sejak hari itu tiada khabar berita dan panggilan telefon juga tidak dijawab.
'via Blog this'
Langsir sekat peluru
TERKEJUT...Mohd Radzuan menunjukkan tingkap rumahnya yang pecah terkena peluru.
SIASAT...angota polis meneliti anak peluru yang dikutip untuk pemeriksaan.
Radzuan yang ditemui di kediamannya di Taman Bukit Jaya, Bukit Siput berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu itu, dia sedang berehat bersama isteri apabila terdengar jirannya bertengkar dengan seseorang.
Menurutnya yang berpuluh tahun tinggal di perumahan itu, tidak lama kemudian dia terdengar dentuman diikuti deraian kaca tingkap.
“Saya terkejut apabila kaca tingkap rumah pecah dan menemui peluru pada langsir. Saya tidak tahu apa berlaku jika peluru itu terkena saya atau ahli keluarga,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kerana bimbangkan keselamatan keluarga.
'via Blog this'
‘2 hantu’ pecah kereta Kak Limah
LOPONG...Dalimawati menunjukkan cermin kiri keretanya yang dipecahkan. |
KUALA LUMPUR: Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
'via Blog this'
Tuntutan harta RM40 juta gagal
Pesuruhjaya Kehakiman Har-mindar Singh Dhaliwal membuat keputusan itu selepas plaintif gagal membuktikan berlaku pecah amanah dan penipuan terhadap pentadbiran harta pusaka itu.
Pakar Psikiatari terkemuka, Tan Sri Dr M Mahadevan, menarik nafas lega apabila keputusan mahkamah berpihak kepada dirinya termasuk tiga defendan lain iaitu M Sandra Segaran, Madhuri Majumder dan S Santhakumari.
Manakala seramai enam plaintif yang terdiri daripada anak-anak mendiang M Ratnavale terbabit dalam kes tersebut.
Mereka terdiri daripada R Pachantah, R Jeganathan, Dr R Mahalakshmi, R Annalakshmi, Dr R Jeyalakshmi dan Dr R Jeyaratnam.
Menurut peguam defendan, M Mathialagan, konflik tercetus apabila terdapat pertikaian keluarga di antara anak saudara dan bapa saudara mereka berhubung hak milik lima bidang tanah berjumlah ratusan hektar yang terletak di sekitar Sungai Petani dan Kulim diuruskan dalam keadaan tidak teratur.
“Plaintif mendakwa harta pusaka milik bapa mereka tidak diuruskan dengan baik serta terdapat unsur pecah amanah dan penipuan ketika menguruskan lima bidang tanah berkenaan,” katanya.
Katanya, kes itu difailkan di Pulau Pinang pada 1994 sebelum dipindahkan ke Ipoh pada tahun 2001 dan dibicarakan November tahun lalu.
Defendan diwakili Mathialagan, V Vijaya Segaran dan S Selvarajah manakala plaintif diwakili G Raju.
Sementara itu, salah seorang anak Ratnavale, Jeyaratnam ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan berkemungkinan akan mengemukakan rayuan untuk mendapat keadilan dan hak mereka yang diperjuangkan sejak 38 tahun lalu.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan Mahadevan untuk memulangkan semula hak milik empat bidang tanah di Jalan Scotland, Pulau Pinang bernilai RM6 juta kepada anak saudaranya. Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan tersebut pada Mac tahun lalu selepas mendapati ketujuh-tujuh defendan yang juga anak saudara kepada Mahadevan mempunyai hak milik sah terhadap empat bidang tanah tersebut.Tuntutan harta RM40 juta gagal - Perak - Sinar Harian:
'via Blog this'
Warga emas maut lintas jalan
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, M Muniammah, 67, mati akibat dirempuh sebuah kereta sewaktu sedang melintas di jalan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir mengambil jalan mudah menyeberangi jalan besar tanpa menggunakan jejantas yang disediakan di kawasan berhampiran.
“Mengikut siasatan awal, kita dapati mangsa mahu melintas untuk mendapatkan perkhidmatan bas di seberang jalan.
“Namun, tindakannya itu menyebabkan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita berusia 30-an, tidak sempat mengelak, lalu merempuhnya sehingga terpelanting ke atas jalan,” katanya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera di anggota badan dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.
“Bagaimanapun, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan dia telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menggunakan jejantas yang disediakan untuk melintas bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.Warga emas maut lintas jalan - Melaka & NS - Sinar Harian:
'via Blog this'
Padah ugut guna pistol palsu
Zuhairi Zakaria, 29, dari Cheng, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Zuhairi didapati dengan sengaja melakukan ugutan jenayah sambil mengacukan sepucuk pistol tiruan bagi mendatangkan ketakutan dan kegusaran terhadap Ahmad Tamyiz Mak Aris, 41.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Restoran Hijrah Sari Cheng, Nasi Ayam Hailam, Cheng kira-kira jam 4.10 petang pada 15 Disember 2011.
Zuhairi didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama dan dibaca bersama Seksyen 32(2) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan penalti tambahan penjara tidak lebih 10 tahun.
Bagi pertuduhan kedua, Zuhairi didapati memiliki sebilah parang berhulu dan bersarung kayu sepanjang kira-kira 36 sentimeter, sebilah pisau bersarung besi bulat kira-kira 56 sentimeter di dalam sarung kain warna hijau diletakkan di dalam sebuah kereta Viva berwarna hitam.
Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta berhadapan Rumah Pangsa Taman Anika, Lorong Pandan kira-kira jam 5.45 petang pada hari sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dihukum di bawah akta sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Ahmad Sazali membenarkan Zuhairi diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 29 Februari depan tarikh sebutan semula kes.
Dalam prosiding berbeza di mahkamah sama, seorang mekanik mengaku tidak bersalah merogol dan mencabul teman wanitanya tahun lalu.
Mohd Redzuan Mohamad, 26, didakwa merogol perempuan berusia 15 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Jalan Lipat Kajang, Kampung Kandang, kira-kira jam 1.30 pagi pada 24 Oktober 2011.
Mohd Redzuan juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap perempuan sama di rumah tidak bernombor di KM 8 Kampung Alai kira-kira jam 1.40 pagi pada 22 November 2011.
Bagi kesalahan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sementara kesalahan mencabul, didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. Ahmad Sazali membenarkan jaminan RM10,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 29 Februari depan.Padah ugut guna pistol palsu - Melaka & NS - Sinar Harian:
'via Blog this'
Mayat berulat disangka patung
Sathasivam berkata, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, dia menemui mayat berkenaan ketika sedang menyelenggara padang permainan milik Persatuan Kriket Malaysia di Bandar Kinrara 5A.
“Ketika hendak membuang sampah di satu kawasan terletak di hujung padang berdekatan gelanggang bermain kriket, saya terlihat satu objek pelik tergantung di atas pokok.
“Mulanya saya ingat ia adalah patung tetapi apabila menghampiri, saya terkejut mendapati ia adalah mayat yang wajahnya sudah dipenuhi ulat,” katanya yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada pejabat pengurusan sebelum menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 3.05 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati, mangsa yang ditemui tergantung pada sebatang pokok itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.
Katanya, mangsa memakai t-shirt biru mempunyai tulisan TNB dan seluar jeans berwarna gelap ketika ditemui di kawasan semak berdekatan Lebuhraya Bukit Jalil itu.
“Mangsa, warganegara Pakistan dikenali sebagai Fahmeed Ali, 34, ditemui dalam keadaan melutut dan lehernya digantung menggunakan tali nilon. “Setakat ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.Mayat berulat disangka patung - Selangor & KL - Sinar Harian:
'via Blog this'
'Pegawai' samun warga emas
Kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah hari itu menyebabkan Bedah Mohamad, 92, mengalami kerugian RM200 apabila wang tunai berserta kad pengenalannya dilarikan pencuri berkenaan.
Bedah ketika ditemui di rumahnya berkata, dia kesal dengan sikap lelaki berusia sekitar 20-an itu yang sanggup mengambil kesempatan terhadap dirinya.
“Sudahlah keadaan diri ini tua, wang tunai untuk membeli keperluan harian dicuri lelaki berkenaan.
“Semuanya berlaku begitu pantas apabila lelaki terbabit mengunjungi rumah saya sekitar jam 12 tengah hari,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah badan kebajikan dan ingin memberikan sumbangan kepadanya.
“Selepas mengambil kad pengenalan, lelaki terbabit meminta pula segelas air. Saya terus ke dapur untuk mengambil air dan meninggalkan dompet di atas kerusi.
“Bagaimanapun sekembalinya saya ke ruang tamu, lelaki itu menghilangkan diri bersama dompet. Tergamak dia menyamar sebagai pegawai dan kejadian itu menghantui saya sehingga ke hari ini,” katanya.
Prihatin terhadap masalah terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi, Tang Beng Huat bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Teluk Ipil menghulurkan sumbangan. Sumbangan wang tunai diberikan ketika Beng Huat bersama Ahli JKKK mengadakan kunjungan prihatin untuk meringankan beban Bedah.'Pegawai' samun warga emas - Pahang - Sinar Harian:
'via Blog this'
Penganggur dituduh ugut bunuh bapa saudara
Tuduhan terhadap Saaroni Abdullah, 21, dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan itu, Saaroni mengugut Abdullah Said, 81, dengan berkata hendak membunuhnya sehingga menyebabkan ketakutan yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian kepadanya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Atas Pengget Dewan Beta di sini, pada jam 5 petang, 22 Januari lalu.
Tertuduh bagaimanapun merekodkan pengakuan tidak bersalah.
Susulan itu, Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly menetapkan sebutan semula pada 20 Februari depan untuk serahan dokumen kepada peguam bela tertuduh.
Sementara itu, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.Penganggur dituduh ugut bunuh bapa saudara - Kelantan - Sinar Harian:
'via Blog this'
Heroin hampir RM1 juta dirampas
Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis turut merampas selaras pistol, empat peluru hidup, satu kelongsong dan wang tunai.
Menurutnya, heroin yang dianggarkan satu kilogram itu dipercayai adalah untuk pasaran di Kelantan dan Terengganu. Katanya, dalam serbuan itu juga tiga lelaki tempatan berumur 29 hingga 39 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.Heroin hampir RM1 juta dirampas - Kelantan - Sinar Harian:
'via Blog this'
Ular sawa melingkar atas tiang lampu
Kemunculan ular secara tiba-tiba, menyebabkan orang ramai memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Unit Rantau Panjang untuk menangkapnya bagi mengelak bahaya kepada orang awam yang lalu di situ khususnya kepada penunggang motosikal.
Ketua Operasi JPAM, Lans Koperal Aznidal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 5.40 pagi, bagaimanapun tidak dapat menangkap ular tersebut kerana kedudukannya agak tinggi.
“Selain berada pada kedudukan yang agak tinggi, hujan lebat turut menyukarkan kerja menangkap ular tersebut.
“Kita terpaksa meminta bantuan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menangkap ular yang berada pada ketinggian 900 sentimeter itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Aznidal berkata, dengan bantuan Tower Weegan TNB, beliau bersama tiga anggota serta dua anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Pasir Mas yang diketuai Fauzi Rashid berjaya menangkap ular tersebut.
Menurutnya, reptilia berkenaan berjaya ditangkap dalam masa 20 minit dan diserahkan kepada Perhilitan.
Sementara itu, penduduk, Tuan Yam Tuan Mat, 58, yang tinggal berhampiran tiang lampu berkenaan berkata, dia dimaklumkan mengenai ular di situ ketika azan Subuh pagi semalam.
Menurutnya, dia agak bimbang dengan kehadiran haiwan tersebut kerana jarak rumahnya dengan tiang lampu berkenaan agak dekat. “Sesekali saya mendongak untuk melihat ular berkenaan sementara menunggu JPAM sampai,” katanya.Ular sawa melingkar atas tiang lampu - Kelantan - Sinar Harian:
'via Blog this'
Korban Pantai Batu Hitam
Dalam kejadian kira-kira jam 7.05 petang itu, Mohd Shahrul Hafiz Ramli, 12 murid tahun enam, Sekolah Kebangsaan (SK) Balok dan rakannya , Mohd Nor Faiz Rolzami 10, murid SK Sungai Karang dari Kampung Batu Hitam berjaya diselamatkan dua penduduk kampung yang kebetulan berada di kawasan kejadian.
Kedua-dua mangsa yang tidak sedarkan diri ketika diselamatkan diberi bantuan pernafasan bagaimanapun usaha menyelamatkan Mohd Shahrul gagal apabila dia disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani YUsoff berkata, Mohd Nor Faiz yang berada dalam keadaan tenat dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, seorang lagi rakan mangsa, Mohd Taufik Omar, 12 murid SJK (C) Kong Meng, Beserah cuba menyelamatkan mereka bagaimanapun usahanya tidak berjaya lalu meminta bantuan penduduk kampung.
“Hasil maklumat yang diterima, lima anggota polis dari Balai Beserah segera ke lokasi kejadian bagaimanapun kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan penduduk kampung.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Kuantan turut menghantar lima anggota bagi mengerakkan operasi mencari dan menyelamat diikuti tiga pegawai perubatan dari HTAA,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Shahrul menjadi mangsa keenam tragedi mati lemas sepanjang bulan pertama tahun ini di sini selepas tiga kes lemas yang meragut lima nyawa di Pantai Sepat.
Bapa kepada mangsa, Razali Rahim,31, ketika ditemui di bilik mayat berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi bagaimanapun agak terkilan kerana tidak sempat menunaikan hajat anak sulung dari lima beradik tersebut.
“Sebelum kejadian mangsa meminta saya membelikannya permainan video namun saya memberitahunya supaya sabar.
“Dia juga tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh sebelum ini tetapi ada meminta duit 20 sen untuk membeli gula-gula di kedai berhampiran,” katanya.
Razali berkata, kebetulan pada hari kejadian dia tidak berapa sihat dan terus memberi duit kepada anaknya itu sebelum menyuruhnya pulang ke rumah.
“Bagaimanapun tidak lama kemudian saya mendapat panggilan daripada rakan sekerja memaklumkan anak saya lemas di pantai,” katanya.
Menurut rakan mangsa, Mohd. Taufik pula, mereka yang semuanya berasal dari Kampung Batu Hitam di sini, hanya bermain air dan mandi di gigi air sahaja tetapi tiba-tiba Mohd. Sharul dan NorFaiz pergi ke tengah.
“Saya yang tak sedap hati menoleh ke belakang lalu ternampak kedua-dua mereka terkapai-kapai lemas. “Saya cuba untuk menyelamatkan mereka namun gagal berikutan paras air agak tinggi lantas naik ke darat meminta pertolongan orang awam yang berada di tepi pantai,” katanya.Korban Pantai Batu Hitam - Pahang - Sinar Harian:
'via Blog this'
2 unit berkembar hangus, 2 terselamat
Dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu, Shahir Zufairy Mohd Zakeri, 18 bertindak mengejutkan dua tetamu setelah mendapati bilik tidak berpenghuni itu terbakar.
Tindakannya itu juga berjaya menyelamatkan 16 lagi bilik chalet milik keluarganya daripada turut musnah.
Menceritakan detik kejadian berlaku, Shahir Zufairy berkata, ketika itu dia berada di kaunter pertanyaan dan terhidu bau asap sebelum bertindak memeriksa seluruh kawasan tersebut.
“Pada mulanya ternampak asap, saya ingat ada orang buat `BBQ’, tapi bila sampai dekat kawasan itu baru saya nampak sebuah bilik terbakar.
“Saya segera mengejutkan dua penyewa di bilik bersebelahan sebelum beritahu ayah dan terus hubungi pihak bomba,” katanya ketika ditemui dilokasi kejadian malam semalam.
Dalam pada itu, pemiliknya Mohd Zakeri Embong, 49, berkata, ketika kejadian dia tidak ada di chalet itu kerana ada urusan di bandar dan bergegas pulang selepas dimaklumkan oleh anaknya.
Dipercayai akibat litar pintas
Menurutnya, akibat kejadian kebakaran itu dia menganggarkan mengalami kerugian sebanyak RM100,000 setelah dua unit berkembar chaletnya hangus seratus peratus termasuk kelengkapan kemudahan penginapan.
“Kami akan tunggu laporan daripada bahagian forensik bomba berhubung punca kejadian bomba sebelum kerja-kerja membaik pulih dilakukan.
“Bagaimanapun berkemungkinan kejadian kebakaran ini berpunca daripada litar pintas,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Negeri, Abdullah Zawawi Mohamad ketika dihubungi ketika dihubungi mengesahkan mengenai kebakaran tersebut.
Menurutnya, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 9.50 malam dan bergegas ke lokasi kejadian dengan tiga jentera bersama kekuatan 18 anggota.
“Jentera yang dikejarkan ke tempat kejadian masing-masing dari Balai Bomba Jalan Kota, Balai Bomba Kuala Terengganu dan Balai Bomba Wakaf Tapai bagi membantu memadamkan kebakaran. “Kebakaran chalet berkembar ini memusnahkan seratus peratus dua unit chalet berkembar, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.2 unit berkembar hangus, 2 terselamat - Terengganu - Sinar Harian:
'via Blog this'
Kereta curi ditemui dibakar
Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, itu adalah berikutan penemuan kereta jenis Honda Jazz yang dibakar di Kampung Gu, Demit, Kubang Kerian awal pagi semalam dan kenderaan terbabit dilarikan suspek ketika samun.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian samun dan tembak seorang wanita, Che Hasmah Che Awang, 50, kira-kira jam 5 pagi kelmarin, mempunyai motif lain.
“Berdasarkan senario rompakan ia tidak berbaloi dengan jumlah barangan yang diperoleh daripada keluarga mangsa ketika mereka melakukan samun. Akhirnya ibu yang menjadi mangsa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.
Jalaluddin turut meluangkan masa melawat Che Hasmah di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan mangsa kini dilaporkan stabil.
Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berdekatan atau menerusi talian 09-7450999.
Berhubung penemuan kereta terbabit, seorang penduduk dikenali sebagai Soh, 41, berkata, kira-kira jam 12.30 pagi semalam, keluarganya mendapati kereta Honda Jazz dan sebuah Proton Iswara dipandu laju ketika melalui kawasan rumahnya.
“Kami terkejut kerana sejurus kemudian, terdengar beberapa letupan tidak jauh dari rumah sebelum melihat api marak membakar sebuah kereta,” katanya. Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran terbabit. Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Che Hasmah cedera parah selepas terkenan tembakan di perut kanan dalam kejadian samun di rumahnya dan empat suspek turut melarikan sebuah kereta Honda Jazz, barang kemas serta wang tunai RM5,000.Kereta curi ditemui dibakar - Kelantan - Sinar Harian:
'via Blog this'
Padah sertai skim piramid
'via Blog this'
Guru bebas pertuduhan seks luar tabii dengan pelajar
Badrul Akmal dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masingnya pada 1 pagi dan 3 pagi 24 Ogos 2008 di rumah No 53 Jalan Genting 5/KU 4 Taman Kembara 2, Rantau Panjang, Klang. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamaruddin manakala Badrul Akmal diwakili peguam bela, Gerard Lazarus.
'via Blog this'
Murid maut dipanah petir, 4 termasuk guru cedera
'via Blog this'