Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Warga Bangladesh maut, koperal PGA cedera nahas R&R Gunung Semanggol - Semasa - Sinar Harian

Warga Bangladesh maut, koperal PGA cedera nahas R&R Gunung Semanggol - Semasa - Sinar Harian:
IPOH - Seorang warga Bangladesh maut manakala pemandu trak Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera parah dalam kemalangan antara sebuah kereta dan trak PGA di Km 197.2 laluan utara Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 8.30 pagi tadi.
   
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata warga Bangladesh itu dikenali sebagai Mohammad Saone, 30, penumpang hadapan kereta Honda Edix terbabit.
   
Manakala pemandu trak yang parah itu ialah Koperal Ahmad Apin, 52.
   
"Ketika kejadian, trak terbabit berada pada kedudukan terakhir dalam pergerakan konvoi yang mengandungi 11 lori dan enam kenderaan pacuan empat roda PGA dari Batalion 3, Bidor.
   
"Apabila trak berkenaan yang berada di lorong kanan sedang memasuki lorong kiri bagi mengikut pergerakan konvoi, kereta Honda Edix yang dinaiki tiga individu secara tiba-tiba merempuh trak berkenaan.

"Akibat dari rempuhan tersebut yang berlaku berhampiran hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol, trak berkenaan terbabas dan terbalik menyebabkan pemandunya cedera," katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Ahmad telah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan sementara mayat Mohammad Saone dihantar ke Hospital Taiping.
   
Beberapa orang anggota PGA, pemandu kereta itu Sze Siang Chien, 33, serta seorang lagi penumpangnya yang juga warga Bangladesh hanya cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Gunung Semanggol.
   
Menceritakan kejadian itu di hospital, Ahmad berkata konvoi berkenaan bergerak pada pukul 6 pagi untuk menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah bagi menjalankan operasi.
   
"Apabila tiba di kawasan kejadian, tiba-tiba saya terasa trak saya bergegar kerana dirempuh. Trak saya hilang kawalan dan terhumban ke dalam longkang dan terbalik dengan tayarnya ke atas. Saya bersyukur kerana selamat walaupun jari saya hampir putus selain cedera pada badan," katanya.
   
Beliau berkata beliau merangkak keluar dari bahagian cermin hadapan trak yang pecah dengan diikuti rakan-rakannya yang lain.  - Bernama
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment