Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Wanita Thailand seludup dadah RM590,000 ditahan

Berita Harian | Wanita Thailand seludup dadah RM590,000 ditahan: "SKUAD"
Langkawi: Seorang wanita warga Thailand ditahan selepas dikesan cuba menyeludup keluar 2.2 kilogram kokain bernilai RM590,000, pagi kelmarin. 

Wanita berusia 33 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan dilakukan menemui 16 bungkusan berisi kokain dalam milikannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, kira-kira jam 8.30 pagi. 

Ketika ditahan, wanita yang juga ibu tunggal itu dikatakan sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Kuala Lumpur dipercayai untuk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhirnya ke Bangkok, Thailand. 



Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata cubaan wanita terbabit menyeludup keluar kokain berkenaan terbongkar selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan itu termasuk daripada pihak berkuasa Thailand. 

Sehubungan itu, katanya satu serbuan dilakukan di LTAL sebelum pemeriksaan lanjut menemui kokain berkenaan. 

Semua kokain itu ditemui tersorok dalam dua fail yang sudah diubahsuai dipercayai bertujuan mengelirukan pihak berkuasa. 

Wanita terbabit yang disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran antarabangsa kemudian ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori, katanya kepada di sini, semalam. 
Ahmad berkata maklumat diterima mengesahkan bekalan kokain terbabit diperoleh dari Barcelona di Sepanyol.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment