Search This Blog

Thursday, December 13, 2012

Tujuh parah van rempuh bas ekspres di Jitra

Tujuh parah van rempuh bas ekspres di Jitra:

JITRA 13 Dis. - Tujuh termasuk pemandu parah apabila van yang dinaiki kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) merempuh sebuah bas ekspres di Plaza Tol Jitra, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, van yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke UUM di Sintok tersebut merempuh bahagian belakang bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan yang sedang menunggu giliran membayar tol.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohamed Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata van tersebut dipercayai dipandu laju.
Akibat rempuhan itu, bahagian depan van remuk teruk mengakibatkan pemandu yang dikenali sebagai Mohd Esman Osman, 54 serta penumpang hadapan tersepit, katanya.
Semua yang parah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sementara tiada penumpang bas ekspres itu cedera, katanya.
Tiga yang kritikal ialah Mohd Esman; Alina Mohd Mahdzir, 46; dan Wan Merina Wan Saad, 51, sementara yang parah pula ialah Zurina Yahya, 41; Norhaneza Nordin, 33; Nelwati Abidin, 35; dan Haslina Mohamed Shah, 39.
Dua lagi penumpang Hasliza Shafe, 50, yang juga isteri Mohd Esman; dan Noor Azura Othman, 40 hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hosplital Jitra.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121213/dn_26/Tujuh-parah-van-rempuh-bas-ekspres-di-Jitra#ixzz2Ew0xYZxB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment