Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Tujuh keluarga dipindah

myMetro | Tujuh keluarga dipindah: "SEGAMAT: Seramai 21 mangsa banjir membabitkan tujuh keluarga dari Kampung Awat dan Span Loi, di sini, ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir sejak kelmarin berikutan air Sungai Muar melimpah menyebabkan rumah mereka dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Mangsa dari Kampung Awat, Batu Anam, di sini, Kamerty Abdul Ghani, 59, berkata, rumahnya yang berhampiran Sungai Muar menyebabkan mereka sekeluarga dipindahkan 23 kali ke pusat pemindahan di balai raya kampung itu sejak menetap di kampung berkenaan awal 1950-an.


Katanya, dalam kejadian kelmarin, dia sekeluarga menyelamatkan barangan berharga dengan meletakkan di kawasan tinggi.

“Walaupun air naik setinggi 1.5 meter, tetapi kami sempat menyelamatkan pelbagai barangan berharga sebelum menyelamatkan diri kerana air naik perlahan.


“Kami berharap dapat pulang secepat mungkin kerana perlu membersihkan rumah,” katanya.


Menurutnya, penduduk berharap pihak berkuasa mendalam dan melebarkan sungai berkenaan bagi mengatasi masalah terbabit."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment