Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Tragedi dua bersaudara

myMetro | Tragedi dua bersaudara: "KOTA KINABALU: Hasrat dua bersaudara mengadakan majlis ulang tahun kematian ahli keluarga rakan baik mereka berakhir tragedi apabila kedua-dua mereka maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kolam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam, Deidre R Jinol, 19, mati di tempat kejadian akibat cedera parah manakala abang saudaranya, Jeremiah Isaac Alex Among, 22, maut ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.
Sementara itu, lima lagi mangsa yang menaiki pikap Isuzu D-Max iaitu pemandu, Lim Kuo How, 30, dan empat penumpang dikenali sebagai Teoh Ling Seong, 33, Voon Chun Siung, 23, Brigid Loi May Ching, 31, serta Fanny Wong Fun Nee, 28, hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

Difahamkan, kedua-dua mereka yang menaiki kereta Mitsubishi Galant dalam perjalanan dari Luyang menuju ke pusat bandar sebelum hilang kawalan lalu bertembung kenderaan pikap dinaiki lima individu termasuk dua wanita.


Rempuhan kuat menyebabkan kenderaan dinaiki pasangan itu terputus dua manakala pikap berkenaan remuk."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment