Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

Tiga ditahan, dadah RM2.5j dirampas

myMetro | Tiga ditahan, dadah RM2.5j dirampas: "BANGKOK: Seorang wanita rakyat China dan dua lelaki suku kaum bukit tempatan ditahan dalam satu serbuan dekat bandar raya ini yang membawa kepada penemuan serbuk methamphetamine dan setengah juta pil dadah berkenaan bernilai AS$800,000 (RM2.45 juta), kata polis Thai semalam.

Bertindak ekoran maklumat diterima, polis antidadah menahan warga China, Xiangye Chen dan dua lelaki tempatan dari kawasan bukit di utara negara itu di pinggir Bangkok. Serbuan terhadap sebuah kediaman disewa ketiga-tiga suspek, polis menemui 50 kilogram serbuk meth yang turut dikenali sebagai ais dan 500,000 tablet methamphetamine dalam dua bagasi besar. Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubamrung yang mengetuai pembanterasan dadah di seluruh negara memberitahu wartawan, suspek mengakui membawa dadah terbabit ke Thailand dari negara jiran.


Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai dadah dan jenayah melaporkan minggu ini bahawa rampasan serbuk meth di Thailand meningkat kepada 1.2 tan pada tahun lalu, peningkatan 75 peratus berbanding tahun sebelumnya. - BP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment