Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

Thailand ikrar tingkat kawalan keselamatan terhadap guru

myMetro | Thailand ikrar tingkat kawalan keselamatan terhadap guru:

BANGKOK: Thailand semalam berikrar memperketat kawalan keselamatan terhadap guru di wilayah selatan ketika risalah ancaman untuk meningkatkan serangan ke atas pendidik beredar walaupun kebanyakan sekolah ditutup ekoran bimbang dengan tahap keselamatan.
Dua guru ditembak mati Selasa lalu dalam beberapa siri serangan terbaru terhadap golongan pendidik. Sesi pembelajaran di kira-kira 1,200 sekolah ditunda minggu ini di wilayah selatan yang majoriti dihuni umat Islam, di mana pergolakan selama sembilan tahun telah mengorbankan ribuan nyawa.

Menteri Pendidikan, Phongthep Thepkanjana memberitahu wartawan bahawa “pihak berkuasa perlu meningkatkan langkah keselamatan” terhadap guru yang sering menjadi sasaran kumpulan pemisah yang melihat sistem pendidikan sebagai usaha kerajaan untuk menerapkan budaya Buddha.
Risalah ancaman untuk meningkatkan keganasan terhadap pendidik yang berlaku sejajar dengan lawatan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra ke wilayah itu semalam, turut meningkatkan risiko serangan.

“Kami perlu memperketat keselamatan terhadap guru,” katanya sambil menambah pihak berkuasa berharap peningkatan langkah keselamatan kepada kira-kira 20,000 guru di wilayah itu akan membolehkan sekolah dibuka semula Isnin ini.

Risalah yang tidak ditandatangani sebarang kumpulan itu berbunyi “Perang belum lagi berakhir, usah hitung dulu mayat guru”, kata Sanguan Intarak daripada persatuan guru tempatan. Menurutnya, mereka percaya risalah itu diagihkan di wilayah Songkhla yang bersempadan dengan wilayah bergolak kerana tahap keselamatan di wilayah itu lebih longgar. Hampir setiap hari serangan, termasuk tembakan, pengeboman dan pembunuhan berlaku - bermaksud keganasan menjadi sebahagian daripada kehidupan kebanyakan penduduk di wilayah Narathiwat, Pattani and Yala di selatan Thailand. - BP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment