Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Tersalah tetak orang

myMetro | Tersalah tetak orang: "KOTA KINABALU: Kegembiraan seorang lelaki menyambut kemenangan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan bola sepak berakhir tragedi berdarah apabila diserang secara tiba-tiba di sebuah restoran di Putrajaya, Telipok, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 28 tahun sedang minum selepas menonton perlawanan bola sepak di restoran itu bersama tiga rakannya.
Bagaimanapun, tiba-tiba seorang lelaki berusia awal 20-an meluru ke arah mangsa dan menyerangnya dengan parang.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki tidak dikenalinya itu gagal mengelak sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala.


Akibat kecederaan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment