Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Terjun tingkat 3 pangsapuri

myMetro | Terjun tingkat 3 pangsapuri: "KLANG: Gara-gara panik, seorang lelaki warga Nigeria melompat dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di Jalan Temenggung, di sini, semata-mata mahu melarikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Selangor, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 34 tahun itu yang cedera ringan bagaimanapun ditahan berhampiran pangsapuri berkenaan beberapa minit selepas dia nekad terjun dari situ.


Pengarah Imigresen Selangor, Amran Othman berkata, operasi bermula jam 10 malam hingga 2.30 pagi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil itu turut menahan 13 lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga Sierra Leone berusia 22 hingga 42 tahun.

Beliau berkata, operasi yang bertumpu di Jalan Temenggung dan Jalan Sungai Jati, di sini, itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan sejak tiga minggu lalu.


“Mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di Malaysia,” katanya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment