Kedai menjual alat pertukangan yang terjejas akibat simbahan cat.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menyimbah cat ke dinding premis.
PETALING JAYA – Sebuah kedai menjual alat pertukangan dan kedai jualan langsung di SS9A/1 Seri Setia menjadi mangsa simbahan cat dipercayai dilakukan oleh orang upahan ‘lintah darat' ah long, awal pagi semalam.
Kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai alat pertukangan itu.
Mangsa Low Geok Wan, 48, berkata, kejadian bermula pada akhir September lalu apabila kedainya didatangi dua lelaki berusia awal 30an yang bertanyakan tentang adik iparnya.
Menurutnya lelaki itu meminta sejumlah wang bagi menjelaskan hutang yang dibuat namun dia enggan membayar kerana tidak tahu berapa jumlah sebenar yang dipinjam oleh adik iparnya itu menyebabkan kedainya menjadi sasaran simbahan cat beberapa seminggu selepas itu.
“Mereka simbah cat warna merah di pintu dan lantai kedai dan menyebabkan saya takut dan terus buat laporan polis,” katanya yang menyewa premis sejak empat tahun lalu.
Geok Wan berkata, sehingga kini dia gagal menjejak adik iparnya itu dan kejadian terbaru semalam yang menunjukkan along terbabit memang tidak berpuas hati.
“Saya harap tindakan dapat diambil bagi memberkas mereka bertanggungjawab kerana dua kejadian yang berlaku benar-benar menyebabkan saya cukup trauma,”katanya.
Sementara itu, pekerja kedai jualan langsung Jason,23, berkata, dia hanya menyedari kejadian ketika hendak membuka kedai pada jam 9 pagi.
Menurut Jason, dia berasa hairan mengapa kedainya turut menjadi sasaran ah long sedangkan majikannya tidak pernah meminjam.
“Papan tanda kedai dibaling cat, saya tidak faham mengapa ia berlaku begitu dan kebetulan majikan saya masih belum pulang dari bekerja luar kawasan,” katanya.
Susulan daripada kejadian berlaku tiga laporan polis dibuat di Balai Sungai Way.
MCA sedia bantu
Biro Pengaduan Awam MCA Selangor sedia membantu untuk menyelesaikan masalah yang menimpa pemilik kedai tersebut.
Timbalan Pengerusinya, Kelvin Chong berkata, mana-mana pihak yang mempunyai masalah boleh menghubungi pejabatnya di talian 03-78763535.
“Kes ini cukup serius kerana ia membabitkan keselamatan orang lain bukan peminjam, jadi kita harap peminjam wang daripada along yang mempunyai masalah tampil ke hadapan dan kita bersedia mengadakan rundingan dengan pihak berkaitan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mengenai kejadian sedang berjalan.
“Kita meneliti rakaman CCTV kedai tersebut untuk mengenal pasti suspek terlibat dalam kedua-dua siri kejadian yang berlaku sebelum ini,” katanya.

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment