Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Tak sempat sambung belajar

myMetro | Tak sempat sambung belajar: "KOTA KINABALU: “Sepatutnya Jeremiah mendaftar masuk ke Politeknik Kota Kinabalu Isnin ini untuk menyambung pelajarannya selepas menamatkan latihan praktikal beberapa minggu lalu.

“Namun, semuanya hanya tinggal kenangan apabila dia terbabit kemalangan hingga meragut nyawanya dan seorang anak saudaranya,” kata Alex Among, 49, bapa kepada Jeremiah Isaac, 22, yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Kolam, di sini, kelmarin.


Menurut Among, dia hanya menyedari kejadian itu apabila dihubungi polis sebelum bergegas ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk meninjau keadaan anaknya.

“Namun sebaik tiba di ICU, pihak hospital memaklumkan anak saya baru meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di HQE, di sini, kelmarin."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment