Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

‘Tahu-tahu dah dalam laut’

myMetro | ‘Tahu-tahu dah dalam laut’: "LANGKAWI: “Saya langsung tak sedar bila bot kami dilanggar, tahu-tahu saya sudah berada di dalam laut,” kata Abdul Ashrah Abdul Rahman, 23, seorang daripada empat lelaki yang tercampak ke laut apabila bot dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah bot peronda Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi berhampiran Pulau Dayang Bunting, dekat sini, tiga daripada mereka sempat menyelamatkan diri, namun seorang lagi mangsa, Aidi Azhar Othman, 29, yang memandu bot berkenaan masih gagal ditemui.
Abdul Ashrah yang cedera ringan di bahu berkata, ketika kejadian mereka yang turun ke laut untuk memancing sedang menuju ke jeti Kampung Sungai Menghulu, di sini.

“Sebelum rempuhan itu, saya bangun untuk melihat keadaan sekeliling, namun tidak melihat sebarang lampu atau mendengar deruan enjin bot, manakala dua rakan sedang nyenyak tidur.


“Saya langsung tidak mendengar deruan enjin bot. Sedar-sedar saya sudah berada dalam laut. Saya ingat mimpi, namun jeritan daripada beberapa rakan menyedarkan saya bot kami dilanggar,” katanya ketika ditemui, semalam."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment