Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

‘Saya hanya bertawakal’

myMetro | ‘Saya hanya bertawakal’:

REMBAU: Seorang pemandu lori yang membawa muatan ayam hidup dari Sedenak, Kulai, Johor, sanggup mempertaruhkan nyawanya dan kelindan apabila merempuh pembahagi jalan semata-mata bagi mengelak daripada melanggar kereta yang memotong kenderaan itu secara berbahaya, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 6 pagi di Kilometer 228.6, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), arah Utara, berhampiran Pedas-Linggi, dekat sini, menyebabkan pemandu terbabit, Mohd Arifudin Mohd Abdul Sidek, 25, cedera di lengan kanan, selain sakit di bahagian badan dan kaki akibat terhantuk, manakala kelindannya, Mohd Ridzuan Rohani, 20, tidak cedera.

Menurut Mohd Arifudin, mereka dalam perjalanan menghantar bekalan 3,000 ayam hidup untuk sebuah restoran makanan segera di Pelabuhan Klang.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta memotong kenderaan lain secara berbahaya dari lorong kanan dan terus memasuki laluan saya. Jika tak mengelak, saya pasti merempuh kereta itu.

“Saya hanya bertawakal dan mengambil risiko bagi mengelak kemalangan lebih teruk yang mungkin membabitkan banyak kenderaan lain,” katanya.

Katanya, sepanjang lebih tiga tahun memandu lori, kemalangan itu paling teruk dialami dan bersyukur kerana terselamat.
“Saya cuba membrek, tetapi kerana muatan dibawa menyebabkan sukar mengawal lori lalu merempuh pembahagi jalan dan terbalik dalam longkang. Kami bernasib baik kerana lori dipandu perlahan, jika tidak mungkin menyebabkan kemalangan lebih teruk,” katanya.

Mohd Arifudin turut menafikan kemalangan berlaku disebabkan mengantuk kerana dia sudah mendapat rehat mencukupi ketika berhenti di Simpang Renggam.
“Kami bertolak dari Sedenak pada am 4 pagi dan berhenti di Simpang Renggam selama satu jam setengah sebelum meneruskan perjalanan. Nak kata mengantuk mustahil, sebab saya sudah berehat panjang,” katanya.

Sementara itu, pemerhatian di tempat kejadian mendapati bahagian depan lori remuk, manakala puluhan sangkar plastik terpelanting jatuh dalam longkang menyebabkan ada ayam terlepas.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment