Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

RM200,000 dalam peti besi lesap

myMetro | RM200,000 dalam peti besi lesap: "PEKAN: Seorang penyelia pasar raya terkejut apabila mendapati wang RM200,000 yang disimpan majikannya dalam peti besi hilang selepas pejabatnya di Jalan Tanah Putih di sini, dipecah masuk sekumpulan lelaki, pagi kelmarin.

Kejadian itu disedari penyelia berusia 50 tahun berkenaan apabila dia datang untuk memulakan kerja dan mendapati pejabat berselerak lalu menghubungi majikannya.


Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, penyelia itu kemudian menghubungi Balai Polis Pekan, jam 9 pagi kelmarin dan siasatan awal mendapati, pecah masuk itu dilakukan lebih daripada seorang antara jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi kelmarin.

Katanya, suspek dipercayai menceroboh masuk dengan memanjat bumbung sebelum mengumpil pintu pejabat dan polis tidak menolak kemungkinan kumpulan itu membuat perancangan teliti.


“Kumpulan itu menggeledah pejabat sebelum mengumpil pintu peti besi dan melarikan semua wang hasil urus niaga beberapa hari.


“Pemeriksaan kejadian menemui pengumpil ditinggalkan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada :"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment