LUSAKA - Sekurang-kurangnya 53 terbunuh dalam nahas membabitkan bas dan lori di negara itu, semalam.

Menurut polis, angka kematian berkemungkinan meningkat kerana pasukan penyelamat masih cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam bas.

Kemalangan berlaku kira-kira 100 kilometer di utara bandar itu di lebuh raya yang terkenal sebagai laluan kenderaan berat.

Kenderaan yang membawa lebihan muatan merupakan pandangan yang biasa dapat dilihat di Zambia.

Kemalangan ini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara itu.

Jurucakap polis, Elizabeth Kanjela berkata, keaadan bas remuk teruk.

Seramai 22 penumpang selamat daripada nahas itu.

Presiden Michael Sata turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan.