Search This Blog

Saturday, December 8, 2012

Remaja maut kereta dipandu rempuh tiang lampu

Remaja maut kereta dipandu rempuh tiang lampu - Semasa - Sinar Harian: "PUTRAJAYA - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun terbunuh dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang lampu, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, dari Bangi Selangor, mengalami cedera parah di kepala dan kereta yang dipandunya terputus dua.

Menurut sumber polis, mangsa yang memandu bersendirian dipercayai dari arah pusat beli-belah Alamanda menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam hujan lebat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. - Bernama"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment