Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

Remaja 16 tahun mangsa terbaru perompak stokin

myMetro | Remaja 16 tahun mangsa terbaru perompak stokin: "TOKYO: Seorang pelajar sekolah tinggi Jepun yang diserang oleh perompak stokin adalah mangsa terbaru dalam beberapa siri serangan sama yang mensasarkan golongan remaja, kata polis semalam.

Pelajar berusia 16 tahun itu sedang berjalan di pinggir timur Tokyo apabila dia ditolak ke tanah oleh seorang lelaki yang mencabut stokin dipakai di kaki kirinya sebelum melarikan diri. Sekurang-kurangnya empat lagi pelajar sekolah tinggi di kawasan kejiranan sama menjadi mangsa kepada perompak stokin itu sejak September lalu.


Mangsa terbaru tidak dicederakan pencuri terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an atau 40-an. Tidak diketahui sama ada suspek adalah lelaki sama bertanggungjawab dalam semua insiden itu. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment