Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Pramugari ancam simbah kopi pada anak Thaksin

myMetro | Pramugari ancam simbah kopi pada anak Thaksin: "HONG KONG: Cathay Pacific menyiasat laporan seorang pramugari mengugut untuk menyimbah kopi ke arah anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan memanggilnya “musuh”, kata syarikat penerbangan itu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, pramugari itu berkata, dia mahu menyimbah kopi pada Paetongtarn, seorang daripada tiga anak Thaksin, selepas mendapati dia berada dalam pesawat untuk penerbangan dari Bangkok ke Hong Kong.
“Saya terus memberitahu pengurus penerbangan, saya tidak boleh bekerja apabila mendapati anak perempuan musuh saya berada dalam pesawat,” kata pramugari itu dalam laman Facebooknya.

Katanya, dia menelefon penasihatnya sekiranya dia boleh menyimbah kopi ke arah Paetongtarn, tetapi diberitahu perbuatan itu melanggar undang-undang Hong Kong. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment