Search This Blog

Thursday, December 13, 2012

Polis tahan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera

Polis tahan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera: "SHAH ALAM 13 Dis. - Polis menahan ibu tiri kepada kanak-kanak mangsa dera yang rakamannya tersebar di internet dan dimuat naik di laman sosial Facebook PDRM semalam.

Wanita berusia 20 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Meru Indah, Kapar pukul 10 malam tadi.

Ini merupakan tangkapan kedua selepas suami wanita itu yang bekerja sebagai mekanik ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang sama.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, siasatan polis percaya wanita itu yang berada di tempat kejadian semasa kanak-kanak malang itu didera dan telah merakamkannya menggunakan telefon bimbit. - UTUSAN"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment