Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Polis buru suspek kes samun kereta

myMetro | Polis buru suspek kes samun kereta: "SHAH ALAM: Polis mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dengan 23 kes samun kereta mewah di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis kini mencari Mohd Khair Rejab, 53, beralamat terakhir di Kampung Kecil, Jalan Langsat, Changloon, Kedah. Mohd Adnan berkata, suspek diburu hasil soal siasat terhadap sembilan individu yang ditahan di Subang Perdana, 20 November lalu.


“Polis percaya dengan tertangkapnya suspek, lebih ramai lagi yang terbabit dengan kes samun kereta mewah dapat ditahan,” katanya, semalam. Orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi Asisten Superintendan Mohd Zainal di talian 019-2682856 atau balai polis berhampiran."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment